Wednesday 13 June 2018

Setelah Sekian Lamanya

Alhamdulillah...

Ramadan dah hampir ke penghujungnya, dan Alhamdulillah juga setakat ni aku tak de tuang puasa lagi. Sukacita aku ingin ingatkan pada sahabat2 aku yg semakin tamat ramadan, semakin digalakkan kita untuk mengejar dan mengerjakan ibadah, sebab Malam 1000 bulan, LailatulQadar, berada di penghujung Ramadan. InsyaAllah sama2 kita dapat keberkatan malam tersebut. Amin...

Ramadan tahun ini agak mencabar aku samada dari visual mahupun spiritual. Masalah kerjaya, hubungan dan seangkatan dengannya yg berlaku sebelum Ramadan lagi terbawa2 sehingga Ramadan dan nk hbis Ramadan, tetap masalah itu masih wujud dan bergelumang dalam diri hamba.

Apa yg aku nampak, mungkin ini ujian bagi aku untuk tempuhi. Dan aku anggap ini pengajaran buat aku. Aku perlu susun, aku perlu atur, aku perlu "manage" dengan baik selepas ini supaya massalah2 ini tidak menjadi kuman bakteria atau penyakit untuk aku hadap setiap masa.

Aku kena muhasabah. Aku kena betulkan niat. Aku kena tolong diri aku dan juga insan2 sekeliling aku supaya masalah ini selesai dengan lancar, adil dan saksama. Aku harap insan2 yg menjadi watak dalam masalah yg aku hadapi dapat sabar dengan aku. Dapat maafkan kesalahan aku. Dapat berjuang bersama aku bagi bersama2 menjayakan jihad menentang masalah.

Betul orang kata, "Makin besar periuk, makin besar keraknya". Sangat aku angguk dan patuh dengan kata keramat tu. Mak aku cakap, "Kalau pandai kawal, Kerak tak banyak, entah2 kerak pun x de". Kata kunci "pandai kawal" itu, perlu aku siasat dan kaji apa dan bagaimana bende tu. InsyaAllah aku boleh.

"Small step pun Small step lah", "Lambat pun Lambat lah", janji berjalan dan bergerak. Itulah yang kita semua belajar dari bayi. Pembelajaran kita sepanjang hidup yg dibawa sampai ke hari tua. "Ikhlas dengan Ilmu Allah, Ikhlas dengan apa yg kita kerjakan" seruan abah yg tidak pernah aku lupakan. Degree apa kau pegang, Sijil apa kau junjung, Jawatan apa kau pikul, "IKHLAS" sbb semua itu Allah kurnia kat kau.

InsyaAllah, dengan ada mak,abah, ahli2 keluarga serta rakan2 yg menjadi watak dalam hidup aku, aku akan cuba sedaya upaya aku buat kamu semua bangga. "Anak aku tu" "Adik/Abang aku tu" "Sedara aku tu" "Member aku tu" ingin aku kecapi ungkapan itu. bukan kebanggaan utk aku, tapi untuk KAMU.

Amin...Mudah mudahan... 

No comments:

Post a Comment

Pengikut2ku